Muslimah memang tak guna….

Filed under: MaWaDDaH — dila March 12, 2010 @ 2:16 am
copy paste from: http://www.facebook.com/note.php?note_id=226608496991#!ya-allah 

 

 

 

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami…

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

 

 

Muadz_Tautan_Agung

Filed under: laGu PuiSi — dila November 13, 2009 @ 3:38 pm

Tautan Agung

Album :
Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar
http://liriknasyid.com

 

أحب الكلام الى الله سبحان الله وبحمده“”

Halus direnung
Tautan hati pada yang Agung
Menanggung rindu pada yang Disanjung
Kasih yang menggunung

Muslimun Mukminun
Cinta yang Diingini
AlBaaqiy

Dibuka pintu hati pada Yang Esa
Menangis dalam munajat
Mensyukuri dipenuhi hajat

Chorus
Rindu rinduan melahirkan rasa cinta
Hingga menitis mengalirkan air mata
Kasih tak terpisah ianya kan bersama
Di dalam jiwa

muadz

Bicara Hati

Filed under: pasal ana — dila @ 3:21 pm

Salam Alaik….

Semoga sahabat2 semua di berkati oleh Allah…terus berusaha mencari keredhaanNYA.

 

Ku coretkan rase hati ini dalam blog yg setia mendengar segala luahan hati ini..tanpa banyak bertanya, x bersuara.

Allah uji lg diri yg sememangnye lemah ini…beri aku kekuatan Ya Allah…sabarkan aku, tabahkn aku menghadapi semua ini..salah ke diriku? salah ke kami bertiga? hina sgt ke kami? aku sememangnye insan jahil, banyak perkara x tahu. Ku mohon keampunan Mu Ya Allah jika sememangnya aku yg bersalah dlm hal ini..Aku memohon kemaafan dari mereka berdua, jika mereka merasakan kami bertiga yg bersalah…

Kau uji imanku…Aku yakin Ya Allah pasti ada hikmah di sebalik semua ini… Tunjukkn rahmatMu Ya Allah.. Sahabat sekalian, TERIMA KASIH kerana sudi menegur kekurangan kami, walaupun ade hati2 yg terguris… Hanya kepadaMu tempat aku bergantung. Engkau yg lebih mengetahui. Sahabat2, ku harapkan kalian bersabar dgn ujian ini…

Tiada lain tempat aku mengadu hanya padaMu Ya Rabb.. Ku mengharapkan semoga segalanya akan kembali baik bile bermulanya semester 6 nnt.. Beri aku kekuatan untuk berhadapan dgn mereka Ya Allah… Ya Allah, Engkau jauhkan la perasaan marah, benci & dendam dalam hati2 kami berlima.. Semoga ukhuwwah kami akan kembali erat… Tenagla hati…Tenangla hati…

 

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Muslimah Sejati

Filed under: MaWaDDaH — dila August 22, 2009 @ 10:54 am

black_niqab 

 

 

 

MUSLIMAH SEJATI

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.”

Copy paste from Nurul Nazirah Ishak

 

>>>>SEPASANG MATA YG CANTIK<<<<

Filed under: MaWaDDaH — dila June 7, 2009 @ 4:30 am

nukilan:dzun nur ‘ain

Hassan al basri sewaktu remajanya,adalah seorang bangsawan yg mewh dan suka berfoya2. Suatu hari ketika berjalan2 di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dgn sepasang mata yg sangt menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.

 

Perempuan itu sedar ada org mengekorinya,lalu menoleh kepadanya; “Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?”

 

Hassan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. “nak malu pada siapa?Bukan ada org melihat.” katanya.

 

“sekalipun pd Allah yang Maha Mengetahui khinatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada,” kata peremouan itu.

 

Hassan terkedu mendengarnya ttp kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu. “mengapa tuan masih mengikuti saya?”

 

“saya tertarik dgn dua matamu yang cantik”

 

“baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu” kata perempuan itu.

 

hassan punmenunggu dgn rasa berdebar2. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu peremuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut saputangan. ” Tuan , ini tuan saya kirimkan untuk tuan.”

 

Dgn rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.

 

“Perempuan yg tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang laki2. Dia mengrirm mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambilah tuan.” Menggigil tubuh Hassan Basri dgn peristiwa menyayat hati ini. semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.

 

keesokkan harinya,Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu talah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.

 

Terketar2 Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang. Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang dudk di taman syurga.

 

“Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnyaduduk mulia di hadapan Allah.”

 

 

Jawab Hassan ” Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agr saya menjadi orang soleh.”

 

“Bertaubatlah waktu tuan sedang bersindirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang beritighfarlah.”

 

Hassan Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memilki budi pekerti yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Takut dgn murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah ayat ALLAH…tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukn muhrim kerana sering berlku “panahan syaitan” di mata.

 

….wanita itu fitnah bagi kaum lelaki…berapa ramai lelaki yang ke neraka kerana fitnah seorang wanita….seorang lelaki yg jahil boleh bertukar menjadi seorang yang soleh kerana seorang wanita…dan begitu juga seorang hamba yang ‘abid juga boleh bertukar kepada seburuk2 manusia kerana seorang manusia bernama wanita… takutlah kamu pada ALLAH…InNi AkhafuLah….

Wanita

Filed under: laGu PuiSi — dila October 3, 2008 @ 12:15 am

Wanita

Album :
Munsyid : Huda
http://liriknasyid.com 
 

Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah
Taat setia pada suami
Kunci keluarga bahagia
Tabah sabarnya mengasuh mendidik
Anak berakhlak mulia

Wanita berjasa
Wanita solehah

Wanita tiang negara
Taatkan perintah Allah
Lemah lembutmu indah
Bicaramu penuh hikmah
Akhlak mu harta berharga
Kasih sayangmu penyeri
Hadirmu merubah suasana
Hidup ceria dan harmoni

Wanita… wanita…
Wanita solehah
Wanita… wanita…
Wanita berjasa

Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah

Akhlakmu harta berharga
Kasih sayangmu penyeri
Hadirmu merubah suasana
Hidup ceria dan harmoni

( 1 )
Wanita… solehah
Wanita solehah
Wanita… berjasa
Wanita berjasa

Bilal Bin Rabah - All One

Filed under: laGu PuiSi — dila July 1, 2008 @ 12:54 pm

all_one_-_bilal_bin_rabah1Bilal Bin Rabah

Album : Riwayat Agung
Munsyid : All One
http://liriknasyid.com 
 

SUARA MUAZZIN TERDENGAR
MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA

DIRIMU HANYALAH SAHAYA
SYAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA

ALUNAN AZANMU TERHENTI
HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI

KAU BILAL BIN RABAH
CEKAL DAN TABAH
DIPANGGANG DI GURUN YANG PANAS
BIARPUN DIRIMU DIDERA DISIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT

ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH

DI BALIK KULITMU YANG HITAM
TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZANMU BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA

Ambil Islam SEKERAT-SEKERAT???!!!

Filed under: MaWaDDaH — dila @ 12:48 pm

Eh?? Eh?? Ape niii…?? Biar benar…. Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.Apabila negara menjadi kuat, negara luar menjadi hormat.Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat. 

TETAPI AWAS, Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat.Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.Apabila tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU…..Manusia mula mengubah tabiat.Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.Apabila orang baik bertukar jadi jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan je la minyak gamat. 

Yang LELAKI,Budak-budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.Bila berjudi, percaya unsur khurafat. Hidup pula yang melarat.Tali kasut dah tak terikat. Rambut pun jarang sikat. Yang PEREMPUAN,Pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat..(apa dapat)..Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.Pakai pulak yang singkat-singkat.Bila jadi macam ni, siapa lihat pasti tercegat.Silap

gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Bila berjumpa, tangan berjabat.Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.Usah peduli agama dan adat.Usah takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat?Kita “bukti” lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.Maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi di buang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.Dia kata apa? Habis la…manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.  Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, marilah kita pakat-pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat. Esok atau lusa mungkin kiamat. Sampai masa kita semua berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di

sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana, berapa banyak kamu buat ibadat…?Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat..?Harta benda anda, dari mana anda dapat..?Ilmu antum, adakah antum manafaat..? Sebagai sesama insan sama-samalah  ingat-mengingati!!Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat.Dan memperbanyakkan ibadah.

Ungu-Sesungguhnya (OST Soleha)

Filed under: laGu PuiSi — dila June 22, 2008 @ 11:04 pm

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
DihadapanNya, dihadapanMu ya Allah

Sesungguhnya manusia
takkan bisa menikmati syurga
tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
takkan bisa menyentuh nikmatNya
tanpa tulus di hatinya

Jangan Kamu Hampiri ZINA…!!!

Filed under: MaWaDDaH — dila @ 10:49 pm

Bismillahirrahmanirrahim 

~”Bergomolan dengan babi(khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.”(Riwayat Ibnu Majah) 

~”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Next Page >>>